Followers

Friday, 30 December 2016


                                         QUOTE 4 TODAY


Ramai wanita mengatakan yang hijab itu tidak wajib bahkan ada yang menyedari bahawa menutup aurat adalah tuntutan dalam islam tetapi mengapa perlu mengatakan tiada hidayah atau belum terbukan hati untuk memakai hijab sebagai alasan untuk melarikan diri dari pertanyaan sebegini...Padahal kalau kita renungkan , semua alam ini berhijab . Bulatan bumi terhijab dan tertutup oleh lapisan ozon kalau tiada lapisan ozon nescaya akan rosak tanaman , rosak kulit manusia dan mati segala haiwan . Buah buahan juga tertutup oleh kulitnya . Pedang pun terlindung di dalam saraungnya. pen tanpa penutup akan kering dakwatnya , Makanan dan minuman tanpa penutup maka akan dihinggapi oleh lalat dan akan mudah rosak dan sebagainya. Wanita adalah bunya yang indah setiap orang berkehendaki memetiknya maka kita seharusnya menjaganya dengan hijab.Tak semua yang berhijab baik tetapi orang yang berhijab pasti baik  kerana mereka berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk menghindari diri dari perkara mungkar . Tetapi yang menyedeihkan ramai wanita pada hari ini hanya memakai hijab sebagai trend bukan ingin memburukkan tetapi inilah realiti yang sebenarnya pemakaian hijab yang hanya mengikut fesyen bukan syariat semata-mata.Demikian juga pisang kalau sudah dikoyak kulitnya kemudian dibiarkan akan berubah menjadi hitam oleh itu jangan biarkan perara yang dianggap remeh ini akan membuatkan hati berubah menjadi hitam